Sejujurnya, saya tidak tahu jawapan bagi soalan yang dijadikan tajuk posting ini. Tetapi saya boleh memberi sedikit input tentang gambar di atas.
Cakera satelit ASTRO di perkampungan Orang Asli adalah satu permandangan biasa. Tidak kira sejauh mana ke pendalaman Gua Musang tuan/puan masuk, cakera satelit ASTRO masih lagi kelihatan. Lantas tuan/puan pun, saya jangka, seperti juga kali pertama saya bertemu fenomena ini, akan terpancut komen seumpama – boleh tahan juga pendapatan Orang Asli, ya?
Kalau diikutkan realiti geografis, sememangnya cakera sate
lit di kawasan pendalaman Gua Musang adalah satu keperluan, bukan sesuatu yang lumayan. Dan memang pun, sama seperti sebilangan besar kita Melayu Islam di kawasan yang telah dibangunkan, ramai Orang Asli mampu melanggani khidmat ASTRO. Sekurang-kurangnya, untuk dua atau tiga bulan yang pertama.
Dalam amatan saya, seperti juga dengan set televisyen dalam tahun-tahun 1960han dulu di kalangan orang Melayu Islam, cakera satelit ASTRO adalah satu lambang kemampuan ekonomi di kalangan masyarakat Orang Asli.
Selain status ekonomi, cakera satelit juga adalah lambang bahawa isirumah yang memilikinya telah di Kristiankan. Ini kerana, ada kalanya, sebagai cenderahati memeluk ugama tersebut, sesuatu keluarga "saudara baru Kristian" akan dihadiahkan dengan simbol status itu, termasuk set televisyen dan peti sejuk.
Maka itu janganlah tercengang jika tuan/tuan mendapat komen – masuk Islam pun merempat juga – apabila sesetengah dari Orang Asli di tanya “sudah Islam atau belum,” atau “mengapa tidak memeluk Islam.”
Oleh kerana saya pernah pedih cuping telinga mendengar jawapan seperti itulah maka ianya telah menjadi satu cabaran peribadi bagi saya untuk mengikhtiarkan supaya terwujudnya satu lambang, satu erti tentang Islam, satu kefahaman asas tentang Islam, di tengah-tengah tasik kedhaifan yang telah terlepas pandang.
Setakat ini, di atas kapasiti kemampuan peribadi, tidak banyak yang saya mampu lakukan. Malah, tidak ada apapun sebenarnya yang boleh saya lakukan. Mujurlah, ada juga badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan yang sanggup memberi sedikit ruang kepercayaan kepada idea-idea yang sedang berlegar dalam kepala saya.



2 comments:
Syukur Alhamdulillah. Apakata cuba pergi ke Kg. JIAS, Kuala Betis. Ada isu di sana apabila seorang cina berjaya dakyahkan masyarakat orang asli disitu dan ramai dah masuk Kristian lalu gereja di bina dengan bantuan penghulu (tok Batin). Gereja dah dirobohkan oleh majlis daerah tetapi pegangan Kristian masih kuat. Sebab tiada orang nak tanamkan kefahaman dan kebaikan islam kepada mereka.
jujurdanlurus@yahoo.com
ASTRO bukan bawa iman dan cahaya Islam kepada orang asli. Kalau Jabatan Agama Islam negeri atau JAKIM aturkan program tetap lagi baik. Sebelum itu Kristian dah pulun semua.
Cita-cita saya nak masuk sendiri berdakwah, insyaallah, tetapi kena tunggu bila pencen kelak jika dizizkan Allah.
Post a Comment