Bagi saya, adalah tidak adil, malah zalim jika kita mengislamkan seseorang atau sekelompok manusia, dan selepas mereka mengucap dua kalimah syahadah, kita abaikan perkembangan mereka sebagai penganut Islam.
Begitu jugalah jika kita telah politikkan pemikiran mereka, dan setelah keperluan politik kita terlaksana, kita abaikan mereka. Dalam kedua-dua keadaan, mereka sentiasanya terkeliru dan tertanya-tanya.
[Sebuah surau terbiar, dalam ertikata terbiar tidak digunakan langsung di Kampong Lambok.]
Saya dapati kebanyakan Orang Asli yang saya temui adalah jujur. Dan dalam keadaan marginal utility mereka adalah tinggi terhadap apa juga barangan material, kesediaan mereka memberikan barangan tersebut kepada orang lain, baik dalam konteks menzahirkan budi, atau dalam konteks membalas budi – saya dapati mereka punyai keupayaan berkorban yang tinggi.
Di atas adalah gambar rumah Penghulu Ajong di Kampung Jenut dalam RPS Kampung Lambok, Jajahan Gua Musang, Kelantan. Perhatikan bahagian yang di simen di depan rumah Penghulu Ajong. Sehingga tiga minggu yang lalu, bahagian tersebut sebenarnya adalah sebahagian dari rumah beliau. Tetapi bahagian itu terpaksa di “robohkan” kerana sebelum ini seorang Penyelia Dewan Undangan telah menjanjikan bantuan atap zinc kepada salah seorang dari anak buah Penghulung Ajong.
Nak dijadikan cerita, penyusunan semula jentera politik di Kelantan baru-baru ini telah menyaksikan hayat khidmat Penyelia DUN tersebut “dipendekkan.” Maka janji pun tidaklah tertunai.
[Isteri Ajong sedang asyik membaca poster cara wudhu dan solat yang baru dilekatkan pada dinding rumahnya. Seperti Ajong, belia juga mengaku Islam tetapi tidak tahu apa-apa lebih dari menyebut bahawa dirinya "Islam."]
Anak buah yang dijanjikan tidak faham percaturan politik dunia betamadun. Apa yang dia tahu, dia telah dijanjikan atap zinc. Dan bila janji tidak tertunai, maka dia telah datang menagih janji dari Penghulu Ajong. Dalam mempertahankan kewibaannya sebagai seorang ketua, orang tua ini telah sanggup mengorbankan atap zinc rumah dia sendiri.


1 comment:
3 hari? 40 hari? 4 bulan ? Dicadangkan Tuan Rudin riwayatkan kisah Tok Kenali yang alim dan warak sebagai ulamak lagenda dan elok dijadikan idola. Emm Sesudah Syahadah...GM... Dana...Tabung Tok Kenali...ulamak... pemimpin... Kelantan .... PAS :)
Post a Comment