Friday, March 23, 2007

Bermulanya di sini ...

Sebagaimana tuan-puan sedia maklum, kehidupan ini adalah penuh dengan liku dan turun naik yang tidak dapat kita jangka. Visual SMS di atas adalah pesanan yang tiba semasa saya menunggu ketibaan seorang kenalan untuk satu lunch appointment. Kandungan SMS adalah langsung "un-sangka-rable."

Setiba watak yang ditunggu, saya unjukan SMS pada beliau. Terkejut kenalan saya itu, bahawa masih lagi wujud di Malaysia yang serba makmur ini kedhaifan di tahap tidak cukup makan.

Kebetulan, kenalan saya itu berada dalam kedudukan yang membolehkan beliau untuk berbuat bakti. Maka saya pun menyusuli dengan segala tindakan remeh temeh yang perlu.

Saya boleh bayangkan bahawa ramai pembaca yang menyangka bahawa kawasan "pendalaman" di mana tinggalnya masyarakat Orang Asli Kelantan adalah semudah dimasuki seperti kampung Pos Brook yang diglamerkan oleh TV3 dan lain-lain stesyen televisyen.

Namun bagi saya, Pos Brook dan lain-lain kampung Orang Asli yang berdekatan dengannya, adalah tidak lebih dari satu "kampung tepi lebuh raya." Letaknya memang jauh dari mana-mana pekan besar. Yakni, secara geografisnya, jauh, nun di ceruk sana. Tetapi hakikatnya ada lagi 101 kampung Orang Asli lain yang lagi terpencil dari Pos Brook, dalam ertikata walaupun dekat dengan pekan-pekan besar, tetapi adalah terlalu sukar untuk dilawati. Dan lazimnya untuk masuk ke perkampunan Orang Asli di Gua Musang bukanlah satu kerja yang mudah. Kenderaaan 4WD adalah satu kemestian.

Dalam tempuh tidak sampai 48 jam, sedaya mungkin, hajat cuba disempurnakan.

Bukan setakat beras sumbangan Tabung Tok Kenali, tetapi banyak lagi barangan lain yang dibawa bersama; pakaian lama dari beberapa individu dari sekitar Kota Bharu, sumbangan dari PERKIM Bahagian Negeri Kelantan dalam bentuk Quran Mukadam, dan poster-poster kefahaman asas tentang Islam juga turut di bawa sama.

Barangan yang memerlukan wang ringgit untuk mengadakannya adalah satu perkara. Tetapi lebih dari wang ringgit, masa lapang peribadi dan kesudiaan dengan hati terbuka untuk meluangkannya adalah elemen paling penting dalam segala kerja amal.

Al-Marhum Tok Kenali Tok mungkin tidak pernah menulis tentang betapa meluangkan masa untuk kerja-kerja amal itu adalah satu pengorbanan. Tetapi selagi kita melakukan amal bakti dalam semangat yang sama seperti yang ditunjuki beliau, kita tahu bahawa itulah mesej-mesj yang beliau bisikan.

1 comment:

Rodeo said...

ensem gak tok aji nih. elok TGNA calonkan beliau kat DUN Nenggiri. :)